1 :: Merah
Warna merah bunga ros adalah simbolik kepada perasaan cinta dan romantik. Melambangkan keghairahan terhadap perhubungan.
2 :: Kuning
Melambangkan persahabatan dan keriangan. Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yang memberi manfaat kepada kehidupan lain menjadi simbolik kepada bunga ros berwarna kuning. Diberikan sebagai penghargaan atau perasaan sayang yang tidak bersifat romantik.
3 :: Putih
Warna putih sering dikaitkan dengan kemurnian hati, perasaan simpati atau juga melambang sifat kerohanian. Pada awal tradisi pemberian bunga ros kepada seseorang, bunga ros putih melambangkan cinta sejati. Namun kini cinta sejati lebih sinonim dengan kuntuman ros berwarna merah. Masih memberi makna cinta sejati, tetapi memberi gambaran yang berbeza berbanding bunga ros merah, bunga ros putih lebih kepada menghargai kesucian dan penghormatan terhadap perhubungan itu sendiri.
4 :: Oren
Membawa maksud keinginan atau semangat yang tinggi terhadap cinta. Lebih mudah ia diertikan sebagai cubaan membawa perhubungan sekadar teman biasa ke tahap yang lebih serius.
5 :: Ungu
Warna ungu sinonim dengan keagungan, kemegahan dan kemewahan. Kerana itulah bunga ros ungu dikaitkan dengan perasaan terpesona, kemulian terhadap cinta pada pandang pertama.
6 :: Merah jambu
Bunga ros berwarna merah jambu menunjukkan perasaan syukur dan penghargaan terhadap cinta yang dimiliki.